Friday, 1 November 2013

Jual & Beli di Expo Home & Deco, Kulim

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni memang lama dah tak update blog ni. Sebabnya Zira sibuk sangat dengan urusan booth di tapak Expo Home & Decor yang diadakan di Padang Umum Kulim atau kini dikenali sebagai Dataran Sejahtera.

Zira sebenarnya bantu saudara kita ni menjual air kordial pelbagai perisa. Zira selalu ada di tapak expo selepas Maghrib sebab siangnya Zira akan jaga kedai spa. 
Di samping jual air kordial tu, Zira letak la sikit barangan syampu yang digunapakai dalam salon Zira. Maklum la, kadang2 ada yang cari produk2 salon untuk penjagaan rambut ni. Biasanya yang kita tenok ni produk kecantikan dan kesihatan memang banyak. Tapi yang bahagian rambut ni jarang diberi pendedahan.


Syampu yang Zira jual ni adalah dari produk Giffarine. Zira tak jual sebarangan syampu. Dan biasanya Zira akan bagi nasihat dan pilihan produi syampu yang sesuai dulu dengan kulit dan masalah rambut yang ada bagi merawat dan kembalikan rambut agar lebih sihat dan bersinar

Berikut adalah produk yang Zira letak di booth :-

GRANADA SHAMPOO

MEMBERSIHKAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA. DIPERKAYA EKSTRAK DELIMA DAN PELEMBAB YANG MELEMBUTKAN RAMBUT DAN MENGEKALKAN RAMBUT SIHAT BERSINAR SECARA SEMULAJADI
Sesuai untuk rambut rosak, kering, bercabang

 ************************************************************

BIO HERBAL ANTI DANDRUFF

DIFORMULASI DARI TRICLOSAN DAN MINYAK TEA TREE BERUPAYA MENGHILANGKAN KELEMUMUR DAN KEGATALAN KULIT KEPALA DENGAN BERKESAN
Sesuai untuk rambut kelemumur

***************************************************************


KAFFIRA SHAMPOO

RAMBUT LEBIH LEMBUT DAN BERSIH DENGAN “COOL FORMULA” YANG DIAPLIKASI DARI EKSTRAK KAFFIRA DAN TRICLOSAN. FORMULA BERNUTRISI LENGKAP UNTUK MENJADIKAN RAMBUT SEMAKIN BERSINAR DAN SIHAT
Sesuai dipakai harian, mengatasi masalah sakit kepala/ migraine

*******************************************************************
 
HAIR PROTECTING SHAMPOO

SYAMPU BERKUALITI YANG PENUH DENGAN ZAT PENTING UNTUK PENJAGAAN RAMBUT. VITAMIN B5 DAN VITAMIN H MEMBANTU MENGUATKAN AKAR RAMBUT AGAR LEBIH SUBUR, HITAM DAN SIHAT.
Sesuai untuk rambut gugur

*******************************************************************


GRANADA CONDITIONER

PERAPI RAWATAN UNTUK MELEMBABKAN RAMBUT AGAR MUDAH DIURUS. EKSTRAK DELIMA DAN VITAMIN E MENGEKALKAN KESEGARAN DAN KESIHATAN RAMBUT ANDA
Pelembab rambut delima sesuai dipakai dengan semua syampu

*************************************************************************

HERBAL HAIR TONIC

RAMUAN ALAM SEMULAJADI MEMBANTU MELINDUNGI, MENYUBUR DAN MENYIHATKAN KULIT KEPALA DAN RAMBUT
Sesuai untuk rambut gugur

 *******************************************************************

SILKY HAIR COAT

RAWAT RAMBUT ANDA DARI AKAR HINGGA KE HUJUNG. MEMBANTU MENGEKALKAN RAMBUT AGAR LEBIH LEMBUT, BERSINAR DAN SIHAT. MENCEGAH RAMBUT DARI BERCABANG DAN KERING
Vitamin untuk rambut


 ******************************************************************


Inilah serba sedikit produk penjagaan rambut yang Zira kongsikan bersama... Nak beli bukannya mahal sangat pun sebab harganya berpatutan dan sangat2 berbaloi. Sebab tu Zira gunakan dalam salon sebab dah tau banyak khasiatnya dan org ramai boleh beli dan pakai sendiri di rumah :)

Dan Zira pun ada juga buat promotion dan edar2 flyers untuk tetamu2 yang berkunjung di sana. Memang seronok, dapat jumpa pelbagai orang, kaum, bangsa, yang muda, remaja, dewasa, org tua, org kelainan upaya, peniaga2, pembeli, abg2 dan kakak2 polis, ramai lagi la


Memang seronok sangat. kalau sesiapa nak jumpa Zira, jemput la datang sebelah malam. Expo ni pun dah lama berlansung. Sampai hari Ahad ni saja (3/11/2013). Nanti ada percikan bunga api, jom la ramai2 kita pakat2 tengok bunga api nnt :D


No comments:

Post a Comment