Thursday, 3 October 2013

Shoping Barang Salon~~~

Assalamualaikum

Wah, penat hari ni Zira jalan-jalan cari barang untuk salon. Ops~ sekejap... Sebelum nak cerita keluar hari ni, semalam fikir-fikir nak keluar dengan siapa. Takde teman nak ajak keluar sebab semua orang kerja. Sampai la bangun subuh pagi tadi, ada seorang member mesej, katanya dia free dan sambil2 tu boleh la buat kerja dia sikit kat area tempat saya nak pergi tu.

Semalam ada juga search kat website, mana supplier yang jual peralatan salon kawasan yang berdekatan, tapi semuanya macam tidak begitu meyakinkan. Nak beli online pun boleh, murah juga siap free postage lagi kalau shopping lebih dari RM100. Tapi............ Duit dalam bank takde nak transfer,huhuhu...dah la boleh pakai bank Maybank ngan CIMB je. Nak keluar malam2 buta pegi bank memang tidak lah~ 

Jadi, Zira salin je la alamat supplier yang ada kat sini, satu kat Machang Bubok, satu lagi kat Taman Impian Ria, Bukit Mertajam. Tawakal je esok cari barang2 ni, kalau takde memang kena pegi Megamall Pacific, sebab kat situ ada Magicboo..... Dulu pernah beli barang kat Magicboo juga, kat Setapak,KL.. harga berpatutan, ada diskaun dan dapat free gift lagi,wow!!! Tapi kali ni saja nak try cari barang kat tempat lain, nak banding harga :)

So, pagi ni saya tunggu la kawan saya ni datang ambil (wah, bukan main lagi kau,mcm datin!). Bermulalah pencarian kedai supplier tu kat Machang Bubok, sejam lebih jugak la dok pusing kat situ ja,tak jumpa pun....ntah2 memang da tutup,huhu.. sebab penat sangat, kami terus pegi Megamall penang, tak jadi cari barang kat Bukit Mertajam. Maklum la hari da panas,matahari terpacak atas kepala.... kena la cari tempat yang ada aircond (memang kau datin,xleh kena panas,hua hua hua)

Setibanya di Megamall, kitorang terus menuju ke surau sebab dah nak masuk waktu zohor. Member i tu memang seorang yang menepati waktu solat,untung kan....Selesai solat, kami mengisi perut yang kelaparan. KFC menjadi detinasinya. Entah kenapa selalu pergi KFC kat situ ok je, tapi hari ni servis dia sangat teruk. Bukan teruk apa, benda2 yang patut refill semua dia tak isi. Time nk picit sos dia, semua dah habis. Ye la, kan tengahari mesti la ramai orang nak datang makan, jadi isi la sos tu penuh2,huhu.... pas makan, ada lagi satu tragedi. Nak basuh tangan sabun picit tu pun da habis. Kawan i tu apa lagi, report manager kat situ la...huhu....

Dah kenyang tu kami pun pegi la kat Magicboo dan cari barang yang nak dicari tu. Perghhhh!!!!!!!!!!!!
Harga dia memang lain gila dari yang kat Setapak tu. Mahalnyaaaa..... dah tu tanya jugak la ada buat promotion apa2 ke, lady tu kata takde la sis,huhu... Akibat kecewa yang amat sangat, kami pun menuju ke kedai buku POPULAR. Then, teringat yang kat dalam Megamall tu pun ada jual barang2 salon. Rindu pula kat awek cina tu, comey mcm korean girl sbb dressing dia,hehe..

Tanya punya tanya awek tu, rupanya harga barangan dia lagi murah berbanding Magicboo. Dah la layanan dia pun bagus. Ye lah, kita kan orang melayu,selalunya yang monopoli salon ni orang cina. Jadi diorang macam sombong sikit dan tak mesra alam sangat. Tapi awek ni memang bagus. Siap recommend produk2 yang ok ngan tak ok. Tanya pendapat dia pasal L'OREAL dan beberapa lagi produk lain. dah la murah, baik hati, suka senyum... 
Yang penting budget i tak lari okay~ dapat berjimat dengan banyaknya...
Tapi barang yang i nak sangat2 tu takde, kena order dari taiwan dan ambil masa berbulan. Takpe la miss, sebab u cute, i sanggup tunggu lama,hahaha 

Akhirnya pulang dengan gembira apabila membeli juga sesuatu yang lain tapi berguna sangat untuk salon i nanti... Puas hati sebab walaupun jauh sikit tapi jimat banyak,boleh cover duit petrol lagi,hehehe :)

 Okay, esok sambung lagi....apa yang jadi dengan barang2 yg Zira beli hari ni,jeng jeng jeng........
 

No comments:

Post a Comment