Assalamualaikum
Hari ni adalah hari raya ke 2. Kedai dah buka seperti biasa jam 10 pagi sampai 7 petang.
Cuti 2 hari yang lepas memang seronok.
Dapat jumpa dengan mak ayah, saudara-mara, anak menakan semua lah.
Kak ipar siap pesan lagi nak pencuci muka untuk kulit sensitif.
Maklum la, Zira nak dapat anak menakan lagi sorang tau, hehehe...
Zira pulak, tunggu la tahun bila baru nak ada anak, hihihihi...
Hari raya adalah hari untuk makan. Ni menu seharian Zira semalam :-
Pagi :
Mee Goreng
Pulut Kuning
Gulai Ayam
Kuih Muih
Teh O Panas
Tengahari:
Laksa
Ketupat
Rendang Ayam
Rendang Daging
F&N Oren
Petang:
Kek
Biskut Raya
Kerepek
Air Kosong
Malam:
Sup Ayam (3 mangkuk!!!)
Daging Masak Kicap
Rendang Ayam
Telur Goreng
Air Buah Special
Ni je yang sempat senaraikam dan ingat,hihihi...
Rasa macam ada banyak lagi tak tulis, hahaha
Siap bungkus bawa balik rumah lagi, bertuah punya anak :D
Kalau balik kampung memang tak sah kalau tak bagi pisang.
Kalau sesikat dua pisang tu ok la, ni setandan dua. Makin bulat la nanti.
Takpe, janji comel (tangan di bahu mata ke atas)
hahahahahahah
Hari ni da buka kedai, rasa bersemangat nak bersauna
Da banyak hari tak sauna
Kalau nak kurus, benda ni kena buat secara konsisten
Hari tu da kurus da, tapi bila balik kampung memang makan tak ingat dunia, adoiiii...
Takpe, yang penting buat juga
Losyen halia jangan lupa pakai, boleh membantu bakar lemak badan okay
Kalau ada yang baju untuk shaping tu, pakai la...
Jangan beli je pastu buat hiasan dalam almari, tak mau tak mau ~~~
Betul, perempuan ni memang nak kena jaga badan
Bagi mantap, menggiurkan, MELETOPSSS!!!
hehehehehe...
Pemakanan memang kena jaga
Makan makanan yang berkhasiat, sihat dan kuantiti yang sederhana
Jangan lupa, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari.
Cakap pasal minum air kosong.
Zira tau ramai yang susah nak amalkan minum air kosong ni
Kadang-kadang rasa takde masa kan~
Ni Zira share macam mana Zira nak maintain minum air kosong secukupnya setiap hari
Bangun Subuh je, terus ke dapur dan minum segelas air suam
Selepas sarapan pagi, lepas minum air manis, akan minum segelas air kosong bilas rasa manis
Setiap kali sebelum menunaikan solat akan minum segelas air, supaya rasa segar dan lancar nak baca ayat2 suci dan berzikir nanti
Sejam @ setengah jam sebelum masuk tidur akan minum lagi segelas air kosong.
Bangun subuh
Solat Subuh
Sarapan Pagi
Solat Zohor
Solat Asar
Solat Maghrib
Solat Isyak
Sebelum tidur
Total : 8 gelas sehari
Kan cukup.......Amalkan minum air kosong ye. Banyak faedahnya.
Terutamanya kepada mereka yang nak turunkan berat badan, WAJIB minum air kosong
Tak salah kalau sekali sekala kita langgar pantang makan
Macam hari raya kita pulun makan pulut, lemang, ketupat, masakan berminyak semua tu.
Tapi cukuplah sehari. Pastu kena jaga balik pemakanan ya ;)
Sekian saja coretan untuk hari ini.
Sapa yang dapat daging korban tu? Buat goreng dengan halia pun sedap :D