Friday, 5 December 2014

SAUNA DAN KEBAIKANNYA

SAUNA atau MANDI WAP memang telah diamalkan semenjak zaman nenek moyang kita lagi. Sauna ini boleh dimulakan sejak anak dara lagi, JANGAN tunggu dah beranak-pinak baru nak bersauna. KENAPA???? KENAPA????????

Ini penting bagi menjaga kecantikan dalaman dan kesihatan wanita. Biasanya bila melahirkan anak pertama OK lagi, tapi bila dah mula dengan anak kedua dan seterusnya, urat2 mudah kembang macam ditiup jadi belon. Pastu mula la sakit urat la, kembung perut la... Hehehe.... Meh la kita bersauna untuk cepat bagi kurus

SINGKIRKAN TOKSIN
Bila kita besauna, kita akan mudah berpeluh dan secara tak lansung menyingkirkan bahan-bahan toksin yang tak diperlukan. Penting tau kita singkirkan toksin ni sebab bila dah buang benda alah ni, mudah untuk kita jadi kurus, badan lebih sihat dan bila ambil apa2 jamu/supplement akan lebih berkesan.. Macam mana nak tau toksin tu ada dalam badan??? Bila dah habis sauna nanti, bau peluh yang tak best tu pun menandakan banyak toksin telah dikeluarkan. Kalau takde bau tu, maknanya air lama telah dikeluarkan dari badan. BAGUS!

HILANGKAN STRESS
Seriously, lepas sauna balik rumah rasa lapang je. Kalau tidur malam rasa macam nyaman dan selesa nak tidur..Bila peluh dah banyak keluar, badan terasa ringan.... macam lepas penat bersenam, tido lena kan!!!!

TINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkandegupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Dengan ini meransang metabolisma badan bergiat aktif dan membakar kalori dengan lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudian... hehehehe... Kalau hangpa mals nak bersenam, dok je dalam sauna tu, kalori terbakar jugak kan!!

KECANTIKAN KULIT DAN ALAT SULIT
Panas haba sauna ini akan menyebabkan pumbuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Ketika peluh keluar juga, daki mudah ditanggalkan. Hasilnya kulit akan menjadi lebih sihat dan kemerahan seperti anak dara. Ramuan dan rempah yang ditambah dalam air rebusan sauna ini juga dapat meningkatkan keintiman dan menjaga rahim disamping mengharumkan kawasan tersebut! WOWWWW~


KELEBIHAN BERSAUNA DIBANDINGKAN DENGAN AKTIVITI BERSUKAN

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

KENAPA SAUNA KAT SINI BESTTT..!!!

Zira tak guna air sahaja macam kebanyakan tempat sauna dan Zira tak guna herba segera yang dalam paket murah2 tu. Untuk sauna atau mandi wap ni Zira menggunakan 100% herba tradisional yang diakui kebaikannya. Zira buat sendiri untuk mendapatkan hasil rempah yang maksimum.So khasiat yang ada pada herba ni akan diserap oleh badan kita serta dapat membunuh kuman dalam badan....BEST KANNNNN

Apa lagi...? JOM lerrrrrr~~~~

SAUNA/ MANDI WAP
RM 15 SAHAJA (45 minit)

Kunjungi Azira Health & Spa sekarang!!!!!!

Tuesday, 11 November 2014

MARI BER"FACIAL"



Dapatkan semula kesegaran wajah dan kulit muka yang mulus!

Di sini kami menggunakan bahan-bahan alami untuk membuang toxin di wajah anda dan mengembalikan semula keremajaan anda!

Bandingkan harga rawatan kami dengan yang lain! Bukan sekadar harga,malah kepuasan DIJAMIN!



Rawatan Facial dan Resdung

- Kulit lebih bersih dan licin
- Terasa ringan dan segar
- Lebih cerah
- Tiada gatal-gatal muka
- Kulit muka anjal dan tegang
- Urutan seri wajah
- Menanggalkan sel kulit mati
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- Tiada kulit kasar disebabkan whitehead blackhead
- Kulit halus selembut bayi

Berminat? Hubungi nombor yang tertera untuk dapatkan waktu temujanji


Friday, 30 May 2014

Sepagi Bersama Giffarine

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Lama giler zira tak update blog ni...  Mesti ada yang rindu kan? Hadoiii....

Dipendekkan cerita,pagi ni Zira nak share apa yang zira pakai untuk kecantikan diri (perasan cantik,kikiki....)

OK, biasanya lepas mandi, Zira akan sapu DRAMATIC BODY CREATOR CREAM.
Zira memang sapu selepas mandi sebab time ni kulit sangat lembab dan mudah menyerap sebarang krim.
Krim yang zira pakai ni dari produk Giffarine. 
Mesti la tak mahal, murah jer sebab dapat harga diskaun,hehehehe....



Zira biasa calit sikit2 je, macam duit syiling 20sen tu...
Sapu pula kat area tertentu... 
Ada 3 tempat yg zira sapu cream ni, sbb nak bagi nampak shaping dan tak nak ada SELULIT!

Sapu kat mana?

Peha....
Perut dan pinggang....
Bawah lengan :P 
(saja seronok sapu walaupun da kecik lengan ni,hahahaha)

Seriusly, krim ni memang da lama cari. Selalu tengok brand lain yang buang selulit semuanya mahal2.
Dah tu tak tau berkesan ke tak...
Lagipun orang2 mcm zira ni nak habiskan duit ratus2 memang tak la kan....

Beli barangan Giffarine ni lebih yakin, sbb ada kelulusan KKM dan ada sijil Halal.
Yang buat ni pun doktor/ saintis... Depa ni kira ada lab/makmal 
Memang tak memudaratkan la... Tengok kilang dia pun besaq.
Pasaran international...lagi mau apa????

Opsss......  
oK2... sambung cerita balik :)



2nd, zira guna SKIN SOFTNER.
Dah tadi habis lumuq untuk shape badan, kita bagi lembut hat mana kasaq pulak.
Yang ni zira sapu kat tumit kaki jer.... (KEDEKUT GILERRR!!!!)

Actually krim ni untuk melembutkan kulit kasar kita. Boleh juga sapu di siku, lutut dan kulit kering lain.

Zira sapu kat tumit kaki sebab tumit ni mengalami rekahan yg teruk.
Kaki spesis apa ntah.. kalau pijak tikar getah mula la nak mengada2...
Bergerigi je tumit ni.. Kalau garu2 betis boleh berdarah (hahahahaha...dahsyat!!!)

Krim ni sapu kat tempat keja je, kalau balik rumah tak payah sapu (sebab kat rumah lantai mozek,marmar)
Gila anak datin ko.... kaki oh kaki -_-"

NEXT~



Body Lotion Rosia...

Losyen ni pakai time ada mood... Kalau rajin pakai ler...
Hari ni pakai sebab hati berbunga2 macam bunga ros jugak!
Bau dia memang sebijik macam bunga ros...lembut jer....

sapu dan mudah serap dalam kulit.
memang akan terasa lembut dan harum....

Hari ni pakai sebab malam nanti senang nak mengorat encik suami,aiyakkkk!!!!


NEXT~~~~

Yang paling POWER :-



JUS DELIMA

Nampak tak berkabus je botol tu...? Baru bawak keluar dari peti ais daaaa...

Jus ni zira amek sekali waktu pagi sebelum sarapan, dan sekali di waktu malam sebelum tidur.
Rasanya masam2 manis macam black karen...kikiki (tak reti eja)

Ni la rahsia paling besar zira amalkan.
Semua orang tau delima mempunyai pelbagai khasiat.
Tapi untuk Zira, zira fokus untuk kecantikan..
Ada org suka minum inner shine la, apa la...ikut suka hangpa la,citarasa masing2...

Yang mana nak amal untuk kesihatan dalaman memang bagus, macam orag yang ada sakit angin ahmar, diabetis, dan jantung.

Lagipun jus ni mengandungi anti oksida yang tinggi. Bila ada macam ni, maksudnya dia boleh kurangkan kolestrol dlm salur darah dan mampu menghalang pembentukan sel barah, especially breast cancer.

Tapi untuk Zira, zira amalkan jus ni sebab dia bagi kulit kita lagi cantik, lembab, menstabilkan hormon dan yang penting MENCEGAH LEMAK BERELBIHAN!

Hihihihi.... yang bab lemak dan gemuk ni memang la tak nak!

OK~ sekian saja~
Nak cantik memang la macam ni. 
Dan zira nak cantik bukan untuk orang lain, untuk suami tercinta dan diri sendiri.

Tak nak nanti org teka2 umur, kata tua,,,huhuhuhu T_T

Oh!
Ada satu lagi petua nak habaq!



Nak cantik kena SENYUM selalu.
Maniskan wajah anda dengan senyuman yang ikhlas :)

Luv u uolls~~~ <3








Thursday, 1 May 2014

1 Mei 2014

SELAMAT HARI PEKERJA!!!

SELAMAT MENYAMBUT 1 REJAB!!!!

SELAMAT BERCUTI DAN BERPUASA!!!!!!


Alhamdulillah... semoga hidup kita sentiasa diberkati. aminnn......

Monday, 14 April 2014

My Wedding + Honeymoon

OH! Saya kini sudah bergelar Puan Nor Azira :)
Eceh... macam tak biasa dengan panggilan PUAN,kikiki.....

Ok la... post ni ditulis setelah Zira sah bergelar isteri kepada Encik Rizal.
He is my husband now! Aaaaaa~~~

Memula nak habaq, persiapan untuk majlis kahwin ni hanya 2 minggu sahaja.
Giler kelam kabut dibuatnya!


Time ni la kad kahwin baru nak cetak,
time ni la baru nak kira catering
time tu la baru nak panggil org (maaf yer sbb mana yg tak dapat kad tu, invite melalui fb je)
Time ni la baru nak kira barang goodies untuk tetamu
Time ni la baru nak kira bunga telur
Time ni la baru nak cari baju pengantin 
Warna apa tema apa semua dah macam apa2... adeh~


Walaupun persiapan di akhir2 waktu, alhamdulilllah majlis berjalan dengan baik.
Zira nikah dan sanding pada hari yang sama.

Kami pergi berbulan madu di Cameron Highland!

Best sangat... Ye la...Zira tak pernah pun sampai sana.
lain la hangpa dah berpuluh kali pi,cemuih dah aih...hehehehe...

Tapi berbeza pegi tempat yang pertama kali kita pergi, dah tu pergi first time berduaan, dengan suami pulak tu,ahai..... baru kawen.... nasib la~


Rasa cantik dengan pemandangan hijau kat sana :)


Gheyau kena tinggai.... Wooo~~~~~ woooooo~~~~

Buah strawberry comel2 je 







 Miss Kedahan + Kelantanese.................

Ke rumah mertua di Kelantan... Encik suami bawak shopping kat Wakaf Che Yeh



Syiokkkk oooooo~~~~ jalan2 kat sini :)

Selamat melayari alam rumahtangga yang penuh NIKMAT DAN CABARAN :)




Monday, 3 February 2014

Yang Terbaik 2014!

Assalamualaikum

Semoga tahun 2014 ini menjadi sebuah tahun kenangan yang indah dan manis dalam hidup kita semua.
Zira pun da siapkan gambar baru untuk facebook Azira Health & Spa :)


Simple jer Zira buat. 

Oh ya, Zira pun aktif menjual barangan Giffarine. Jadi, kalau sesiapa yang mencari barangan kecantikan dan penjagaan kesihatan boleh la hubungi Zira nanti ye.

Kalau rasa nak beli dengan harga ahli pun boleh, takde masalah. Nak join jadi ahli dan dapatkan hadiah2 menarik pun boleh,wow!


Jom la kita bersama-sama menjadi usahawan yang berjaya.

Giffarine mengilham harapan, membina keyakinan dan menuju kejayaan